Mahir Baiki Gajet Memasang & Membuka iPhone
5 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2026, seorang peserta telah menyertai webinar Mahir Baiki Gajet yang bertajuk Memasang dan Membuka iPhone. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pembaikan iPhone, khususnya cara membuka dan memasang semula komponen dengan teknik yang betul. Peserta juga diperkenalkan dengan peralatan khas serta fungsi komponen utama iPhone. Selain itu, aspek keselamatan ketika melakukan pembaikan turut diterangkan. Webinar ini membantu peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pembaikan gajet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: